Saturday, February 14, 2015

Adam Upgrade Engine Turbo !

Hari itu dalam sejarah, tanggal 12 Disember , Sabtu jam 10.45 pagi, Adam telah selamat menjalankan upacara berkhatan di Poliklinik Dr Azhar & Rakan-Rakan. Dr Saidin yang mengambil tanggungjawab itu.


Aku pun rasa macam baru saja berkhatan, masih ingat 1985 di Klinik Dr Aishah & Dr Fisol, Bakar Arang.

Mula-mula masa memikirkan kena bawa Adam pergi Klinik agak suspen juga, tapi aku dah study awal-awal petua-petua sebelum dan selepas berkhatan. Dalam internet bloggers banyak yang share pasal benda ni. Tapi berterima kasih kepada wife aku yang voluntarily took over tugas-tugas khas selepas berkhatan. Sapu ubat, bagi mandi , bagi makan, semua dia. Aku sibuk update Facebook , youtube , main Drum & Tennis. Sibuk wooo…

Semasa dalam so called "Mini Operation Theatre" , aku bawa Galaxy Note, buka Youtube bagi Adam tengok video kereta Remote Control dan UFO. Sebagai ubat kebas dan ubat pelali untuk Adam. Aku pun tumpang sekaki tengok youtube untuk mengalih pandangan daripada Live Operation. Walaupun sekarang dah advance pakai elektrik cutter, aku malas nak tengok sebab mamat sebelum aku pengsan tengok anak dia bersunat. Tak pasal-pasal Dr kena handle si bapa yang pengsan tu.


Sepanjang minggu tu aku juga sibuk carikan "ubat bius"  kat Adam yang aku janjikan masa dalam Operation Theatre, kereta Remote dan Lego Made in China. Dekat dua minggu juga Adam jalan macam Michael Jackson. Bila dah okay, Adam pergi memancing ikan di Segantang Garam.




No comments:

Post a Comment

Vision Accomplished

Vision Accomplished