Friday, December 23, 2011

Monkey See , Monkey Do : Dilemma of the Baby Boomers, Gen X, Y, Z..


   
   Pagi tadi saya membawa keluarga bersarapan di sebuah kedai, seperti di kebanyakan tempat, terdapat gerai menjual suratkhabar dan majalah. Kami sekeluarga memang jarang sekali membeli suratkhabar kerana kebanyakan berita dapat diperolehi melalui internet secara percuma. Kebetulan isteri saya membeli sebuah suratkhabat tempatan; di laman depan terbentang kisah sosial sensasi masyarakat Malaysia. Dan hampir setiap hari kisah-kisah sensasi sebegini mendapat tempat di kalangan pembaca Malaysia. Apa mungkin bahan bacaan sebegini dapat menbentuk satu generasi yang matang. Apa faedahnya diceritakan secara besar-besaran kisah yang tidak baik tentang seseorang, sesekumpulan , kaum atau agama (hampir setiap hari). Mungkinkah ianya akan menambahkan lagi perkara-perkara yang tidak baik kerana bagi pembaca, ini adalah lumrah seharian mereka. Monkey see Monkey Do....the point is , can we show monkey some other better things to do.... so that it is okay to have Monkey See Monkey Do Great Things... Orang lain sudah sampai ke bulan dengan kenderaan rocket , kita juga sampai ke bulan, tapi menumpang rocket orang lain. Orang lain sudah cipta Tablet yang mengubah kehidupan manusia, kita juga tidak ketinggalan mengguna alat itu , tapi guna untuk terus menyebar fitnah , keburukan orang lain dan gossips. Bila kita hendak mencipta alat-alat itu bila hampir setiap hari generasi kita hanya terlalu dibuaikan dengan kisah-kisah seperti tangkap basah, rogol, ragut, menteri rasuah, CEO rasuah, video lucah, teori konspirasi dan sebagainya.  


Ada seorang kenalan "Mat Salleh" dari negara Barat memberitahu saya bahawa apabila dia mengkaji media cetak utama di Malaysia, cerita-cerita sosial lebih mendapat perhatian berbanding cerita-cerita mengenai kewangan atau perniagaan. Dari sudut sosiologi,  ini adalah perkara yang baik kerana ianya secara tidak langsung menunjukkan keprihatinan sesuatu masyarakat terhadap status sosial.

Namun bila dilihat dari aspek yang lain , contohnya sikap sesuatu masyarakat terhadap isu utama, ianya memberikan implikasi yang kurang baik kerana majoriti masyarakat yang dipamerkan melalui media lebih menjurus kepada permasalahan sosial seperti isu remeh-temeh artis , isu pergolakan rumahtangga, masalah politik berpanjangan , masalah sosial seperti Mat Rempit, pembuangan anak , masalah sekolah dan sebagainya.

Ini secara tidak langsung mempamerkan masyarakat kita terlalu sibuk menyelesaikan masalah sosial dan berkemungkinan ketinggalan terhadap tanggungjawab yang lain seperti sistem pendidikan, sistem kewangan, pembangunan insaniah, sistem perniagaan dan lain-lain. Mungkin juga masyarakat kita terlalu ditaburkan dengan cerita-cerita sensasi sehingga setiap media perlu diselitkan dengan kisah-kisah sensasi.
Tinggal lebih kurang lapan tahun sahaja lagi bagi Malaysia mencapai status negara Maju. Namun masyarakat hari ini menghadapi terlalu banyak dugaan terutamaya ledakan maklumat tidak bersempadan.  Bukan setakat media cetak, media internet rupanya lebih hebat memainkan perananya dalam konteks pembinaan minda sosial.



Baby Boomers dan sebahagian Gen X dan Y mungkin masih menggunakan media cetak yang dilihat pro akan sesuatu kumpulan, baik politik, agama , NGO dan sebagainya. Sebahagaian besar Gen Y dan juga tidak lama lagi Gen Z hari ini hampir langsung memilih media internet sebagai rujukan utama mereka. Penyebaran maklumat dalam internet bersifat global dan pandangan dalam internet adalah secara langsung tanpa sebarang penapisan.



Dilihat secara kasarnya, Gen Y hari ini lebih bersifat bebas fikiran dan bersifat ingin berdikari, mahukan perubahan revolusi dan banyak lagi kehendak unik yang sebahagian besarnya disogok melalui internet seperti blog, facebook, twitters, myspace dan lain-lain lagi. Namun daripada beberapa pemerhatian peribadi, saya melihat sebahagian daripada Gen Y ini umpama nekad tanpa muafakat, bertindak tanpa membuat homework. Dan lebih sukar lagi mereka terus mempercayai bahawa kebebasan boleh membawa kepada matlamat akhir perjuangan. Dan kadang-kadang isi perjuangan yang mereka cuba perjuangkan tidak diteliti dengan cermat. Yang menanggung beban bukan hanya Gen Y kerana Baby Boomers (Generasi ibu bapa kepada Gen Y) turut menjadi mangsa. Gen X yang juga terumbang-ambing hanya mampu melihat Gen Y dengan dunia mereka, kerana apa yang akan berlaku pada anak-anak Gen X iaitu Gen Z masih kabur, namun dominasi rasa bimbang sudah tentu terterap dalam diri Gen X.

Tidak hairanlah, statitistik tidak rasmi yang dikeluarkan oleh sebuah NGO penganalisa halaman sosial, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai aspek ratio sebanyak hampir 50% pengguna facebook, yang kedua tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat. Hampir 13 juta orang di Malaysia mempunyai akaun Facebook.

Maklumat dalam internet hampir tidak bersempadan , sungguhpun ada badan yang memantau maklumat , namun hampir mustahil untuk menyekat maklumat-maklumat negatif atau website yang memudaratkan. Institusi terdekat adalah keluarga, ibu-bapa, abang-kakak dan saudara mara perlu lebih agresif memantau keadaan ini. Sungguhpun sangat sukar untuk menegah sesuatu pendirian. Sebagai maklumat tambahan, saya juga ada terbaca bahawa sebenarnya, kaum lelaki lebih banyak menghabiskan masa di hadapan media sosial. seperti Facebook, Twitters dsb. Saya berharap pelaburan masa saya di laman sosial adalah untuk kebaikan dan pembangunan bersama. Sebagai blogger yang baru setahun jagung, saya akan terus belajar, Monkey See , Monkey Do..



No comments:

Post a Comment

Vision Accomplished

Vision Accomplished